PERUTUSAN RASMI NFH BOUTIQUE GALLERY SDN BHD BERHUBUNG SITUASI TERKINI COVID-19 (10 APRIL 2020)
Mengambil maklum pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh 16 Mac 2020, pihak NFH Boutique Gallery Sdn Bhd akan mematuhi perintah kawalan pergerakan yang telah bemula pada 18 Mac 2020 dan kini telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020
Bagi mematuhi perintah tersebut, berikut dinyatakan perubahan operasi bagi NFH Boutique Gallery Sdn Bhd sepanjang tempoh PKP.
1. Penutupan sementara showroom NFH Boutique Gallery (Butik Fizhana) dalam tempoh tersebut dimana tiada jualan secara ‘walk-in’.
2. Aktiviti perniagaan secara atas talian (online) akan berjalan seperti biasa melalui medium berikut:
- Belian melalui agen sah NFH (senarai semak agen sah boleh dibuat di website www.nfhagent.com)
3. Pengeposan parcel akan dikurangkan dimana pengeposan dalam tempoh kawalan pergerakan hanya akan dibuat pada hari berikut:
4. Kesemua pegawai khidmat pelanggan, eksekutif jualan, dan agen sah NFH akan terus membantu customer dengan segala urusan melalui facebook rasmi, Instagram rasmi, dan aplikasi whatsapp/telegram sepanjang tempoh ini.
5. Kesemua staff NFH Boutique Gallery Sdn Bhd akan bekerja dari rumah (work from home).
Secara keseluruhan, pihak NFH Boutique Gallery Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti secara online/atas talian seperti biasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
Pihak NFH Boutique Gallery SDN BHD berharap semua pelanggan terus kekal tenang, amalkan tahap kebersihan dan penjagaan kesihatan yang tinggi, dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan khususnya.
|